15 Ogos 2012 - 19:30

Presiden Republik Islam Iran sempat menyindir presiden Turki di perkarangan persidangan OIC di Makkah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Republik Islam Iran petang kelmarin dalam persidangan tergempar OIC di Makkah sempat menyindir kesilapan dasar politik Presiden Turki Abdullah Gol dengan mengatakan, "Mereka berkomplot, namun kami masih hidup, kita perlu bekerjasama dan hidup bersama."Sambil menyatakan semua bangsa sedang menuntut keadilan, kebebasan dan kehormatan, Ahmadinejad menambah, "Tidak ada seseiapa pun yang menang dengan kekerasan, hari ini tuan datang dengan kekerasan, esok tidak dapat lagi mempertahankan kebebasan."Mengenai corak pembaharuan yang sering dilaungkan beberapa negara tertentu, beliau berkata, "Pembaharuan sebenarnya perlu, namun bukanlah dengan cara pembunuhan dan peperangan. Meskipun begitu saya masih menanti dan melihat, bila pembaharuan ini akan sampai ke negara-negara serantau."Selepas itu presiden Republik Islam Iran berkata kepada beberapa negara seperti Arab Saudi, Bahrain dan Qatar, "Saya rasa terkejut di dalam persidangan ini, beberapa negara berkerajaan sedang menghentam Syria sedangkan mereka ini tidak dikehendaki oleh majoriti rakyat di negara sendiri."Mengenai Syria, presiden menjawab, "Iran cuba sedaya upaya untuk menstabilkan keamanan dan kemanusiaan di Syria sehingga pembunuhan terhenti."Mengenai ucapan presiden Mesir pada malam sebelumnya, Ahmadinejad berkata, "Cadangan Mursi sangat baik, namun kami ada pandangan sendiri untuk mencari penyelesaian di mana rakyat di kebanyakan negara-negara telah berkongsi pendapat dalam membuat keputusan tentang negara-negara mereka."Presiden Turki, Abdullah Gol menyatakan pendiriannya terhadap rakan sejawatnya dengan menyatakan Ahmadinejad adalah penyokong keadilan. Katanya lagi, "Kami mengikuti idea-idea kami, kami tidaklah datang untuk mencari kuasa, dan persahabatan kita bukanlah kerana kekuasaan, kami inginkan mengambil langkah yang tenang."Pertemuan Ahmadinejad dengan pemimpin negara-negara lain.Presiden Ahmadinejad sempat meluangkan waktu untuk pertemuan bersama pemimpin negara Sudan dalam rangka meluaskan kerjasama serta perhubungan antara negara. Beliau berkata kepada Omar Bashir, "Saya melihat keadaan Sudan dan tekanan ke atas negara ini terlalu banyak, sedangkan anda bangkit melawan. Saya percaya janji Allah itu benar."